Laman Utama / Perutusan Penasihat

Perutusan Penasihat



YBhg. Dato' Nor Azmie bin Diron


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

 

Sukacita saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada ahli PUSPANITA Kementerian Ekonomi yang berjaya mewujudkan laman web PUSPANITA ini. Saya percaya ia mampu dimanfaatkan dalam penyebaran maklumat yang berguna kepada semua ahli. Saya juga yakin laman web ini akan dapat mengumpul, menyalur dan berkongsi maklumat berkenaan semua program dan aktiviti yang dianjurkan oleh PUSPANITA Kementerian Ekonomi.

 

Saya ingin menyarankan kepada semua ahli untuk terus meningkatkan pencapaian diri dan prihatin terhadap isu-isu semasa serta sentiasa menyokong aktiviti dan program yang dilaksanakan. Semoga komitmen dan usaha semua ahli terutamanya Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Kementerian Ekonomi  mampu memartabatkan para suri dan penjawat awam wanita di Kementerian Ekonomi dalam mencapai kegemilangan.

 

Sekian, terima kasih.

 

YBHG. DATO' NOR AZMIE BIN DIRON

Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi

Merangkap Penasihat PUSPANITA