Laman Utama / Perutusan Pengerusi

Perutusan Pengerusi



YBhg. Datin Roziah binti Alias



Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,


Laman web PUSPANITA Kementerian Ekonomi ini merupakan satu wadah bagi ahli-ahli PUSPANITA untuk berkomunikasi, berkongsi serta memperoleh maklumat berkenaan pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan.

 

Saya amat berharap agar semua aktiviti dan program anjuran persatuan ini mampu memberi impak kepada semua ahli dari segi aspek pembangunan kendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara.  Saya percaya dengan kerjasama, penggembelingan tenaga dan buah fikiran semua ahli PUSPANITA Kementerian Ekonomi termasuk agensi-agensi di bawahnya, kita akan dapat menjayakan aktiviti dan program dengan lebih baik dan berkesan.

 

Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar kita semua dapat memainkan peranan yang lebih menyeluruh sebagai wanita yang mampu berdiri gah mengharungi sebarang cabaran yang mendatang, selari dengan slogan “Wanita Sepakat Negara Meningkat”.

 

Sekian, terima kasih.

 


YBHG. DATIN ROZIAH BINTI ALIAS

Pengerusi PUSPANITA

Kementerian Ekonomi