Soalan : Berapakah yuran untuk mendaftar sebagai ahli seumur hidup?
Jawapan : Yuran Ahli Seumur Hidup (ASH) adalah percuma. Mulai 1 Mei 2019, hanya bayar RM10.00 untuk cetakan kad keahlian seumur hidup (berwajah baharu).
Soalan : Siapakah yang layak untuk memohon ahli seumur hidup?
Jawapan : Keahlian adalah terbuka kepada penjawat awam wanita dan suri kepada penjawat awam.
Soalan : Bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli seumur hidup?
Jawapan : Permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman web rasmi Puspanita Kebangsaan.
Soalan : Apakah faedah yang boleh diperolehi oleh ahli Puspanita?
Tabung Latihan Puspanita
Berpeluang menyertai program berterusan anjuran Tabung Latihan Puspanita Kebangsaan dan aktiviti-aktiviti Puspanita yang lain.
Tabung Puspadara Puspanita
Ahli dan keluarga, iaitu suami dan anak-anak, yang menghidap barah atau penyakit lain mengikut senarai penyakit yang diluluskan layak memohon bantuan dari Tabung Puspadara Puspanita Kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Puspanita Kebangsaan.
Ganjaran Diskaun
Ahli yang memegang kad keahlian seumur hidup (berwajah baharu) berpeluang mendapat ganjaran diskaun di Jakel, Mavi, Lenovo, Ariani dan Pine Kitchen.