Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 1444H Kementerian Ekonomi
17 April 2023 - Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 1444H Kementerian Ekonomi di Bilik Seminar, Menara Prisma, Putrajaya
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi. Majlis ini diadakan untuk menyampaikan duit raya sempena Hari Raya Aidil Fitri 1444H/2023M kepada seramai 61 warga Kementerian dalam kalangan Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 16 serta seramai 6 orang Polis Bantuan JPM yang bertugas di Kementerian Ekonomi.