17 April 2023 - Program Ziarah Kasih Sumbangan Raya Rumah Perlindungan Al Nasuha, Batu Caves, Selangor oleh Kelab Kebajikan dan Sukan bersama PUSPANITA Kementerian Ekonomi.
Ziarah dan penyampaian sumbangan kepada penghuni Rumah Perlindungan Al Nasuha yang terdiri daripada anak-anak yatim seramai 85 orang (50 lelaki dan 35 perempuan) yang berumur 6 bulan hingga 17 tahun bagi persiapan kelengkapan menjelang Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023.